Assalamualaikum ,hi guyssss!! Bagaimana dengan hari kalian? Semoga semuanya sihat dan baik belaka =) pergi ke kebun menaiki beca, jalan-jalan tercucuk duri, sebelum kalian terus membaca, biar saya perkenalkan diri. okay, nama diberi Nurulhuda Khairani binti Taupeack Kamal, berasal dari negeri Perak Darul Ridzuan (geng 08 angkat tangan sikittt ) hahahah...saya mempunyai 4 orang adik-beradik dan saya merupakan anak bongsu ehehehehe... Jadi, disini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang diri saya iaitu pengalaman saya yang agak menarik semasa belajar di Terengganu ehehe... Secara jujurnya, SPM saya biasa-biasa ja. Lepas SPM, saya dapat tawaran untuk menyambung pelajaran di UniSZA, Terengganu. Saya memang menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran di UniSZA sejak sekolah lagi, Alhamdulillah hasrat saya tercapai :) Disebabkan saya anak bongsu dalam keluarga, jadi saya rasa keluarga saya takkan lepaskan saya untuk ke Terengganu. Pada hakikatnya, saya silap, mal...