Assalamualaikum ,hi guyssss!!  Bagaimana dengan hari kalian? Semoga semuanya sihat dan baik belaka =)

pergi ke kebun menaiki beca,

 jalan-jalan tercucuk duri, 

sebelum kalian terus membaca,

 biar saya perkenalkan diri.

okay, nama diberi Nurulhuda Khairani binti Taupeack Kamal, berasal dari negeri Perak Darul Ridzuan (geng 08 angkat tangan sikittt ) hahahah...saya mempunyai 4 orang adik-beradik dan saya merupakan anak bongsu ehehehehe...

Jadi, disini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang diri saya iaitu pengalaman saya yang agak menarik semasa belajar di Terengganu ehehe... Secara jujurnya, SPM saya biasa-biasa ja. Lepas SPM, saya dapat tawaran untuk menyambung pelajaran di UniSZA, Terengganu. Saya memang menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran di UniSZA sejak sekolah lagi, Alhamdulillah hasrat saya tercapai :) Disebabkan saya anak bongsu dalam keluarga, jadi saya rasa keluarga saya takkan lepaskan saya untuk ke Terengganu. Pada hakikatnya, saya silap, malah semua keluarga saya menyokong saya untuk sambung di UniSZA. 

Oleh itu, bermula lah kehidupan saya seorang anak jati Perak Utara sebagai seorang pelajar UniSZA. Pada permulaanya, saya amat risau sebab memikirkan kawan, suasana, pembelajaran, urusan pergi danbalik cuti dan sebagainya. Tapi saya perlu positifkan diri yang saya mampu jalani semua ni. Untuk pengetahuan semua, UniSZA terletak di Gong Badak yang mana sangat strategik kedudukannya. Yang mana berdekatan dengan kedai makan, kfc, mcD, kedai runcit dan juga pantai. Salah satu benda yang saya suka dengan Terengganu ialah keindahan pantainya, rindunya Terengganu :( Alang-alang dah sebut pantai, ini adalah antara beberapa gambar kegemaran saya dengan pantai <3 


masani pergi pantai lepas subuh waktu bulan Ramadan hahahahaha first time wooo excited betul pi pantai awai pagi camni ahahahahaah

ni gambar masa first time pi pantai bila study UniSZA ahahahaahah perasaan excited tu masih sama ye bila dapat pi pantai hahahaahah

ni gambar paling latest kat pantai di Terengganu, ni pi masa pre-convo dengan housemates. latest2 pun bulan 10 tahun lepas huhuhuhu...

Sejujurnya, perjalanan ini bukan mudah bagi saya yang merupakan anak bongsu tinggal berjauhan dengan keluarga, homesick janganlah tanya hahahaha. Sebagai seorang pelajar sekolah yang ingin memulakan kehidupan sebagai seorang pelajar universiti bukan mudah akan tetapi menarik untuk dijalani. Seperti semua orang, saya mengalami frasa ups and downs sebagai seorang pelajar. 

Tetapi walau bagaimanapun, sehingga sekarang saya sangat bersyukur kerana Allah hadirkan kepada saya keluarga pertama saya di UniSZA iaitu housemates yang sangat memahami dan mengubati rasa rindu pada rumah dan keluarga, Kami hanya mengambil masa setengah semester pertama untuk berkenalan dan rapat antara satu sama lain. Walaupun berbeza jurusan, negeri, perangai, dan pembawakan watak tapi kami masih mampu bergelak ketawa, bergurau senda, berkongsi masalah, saling menasihati, sambut birthday, berbuka puasa, keluar jalan-jalan bersama-sama dalam masa yang singkat. Masing-masing mempunyai watak yang berbeza tapi saling sentiasa ada <3 Bila balik dari kelas tu rasa macam balik rumah nak jumpa keluarga sebab sangat kuat hubungan silatturahim yang terbina. Insan-insan yang sentiasa ada dengan saya dan banyak mencipta kenangan, sesungguhnya saya sangat merindui mereka, Moga Allah jaga mereka <3

gambar first ramai-ramai masa jamuan raya.

ni pulak masa sambut birthday, kena prank teruk sampai nangis mata bengkak hahahah 

gambar paling complete, keluar sesama masa semester terakhir jadi housemates :(

Alhamdulillah, selain itu, saya juga dapat classmates semuanya yang baik-baik. Banyak memori juga yang dicipta dengan mereka. Masing-masing sangat membantu terutamanya dalam pelajaran, menyokong antara satu sama lain, Mereka memang terbaik lahh!!! Sama seperti housemates , sentiasa ada susah dan senang ,suka sedih sama-sama, selalu buat study group ramai-ramai dan buat program macam family day, hiking. Banyak gambar nak letak ni tapi tak boleh hahaha kena letak sikit-sikit ja. 

aktiviti outdoor, hiking bukit keluang sama-sama.

pergi beraya sama-sama.

dinner ( tak tahu lah ada ke tak gambar yang elok hahahaha semua susah behave )

family day semester yang terakhir.

gambar yang terakhir sekali tu gambar lepas last paper semester terakhir dengan Ustaz Azhar . Seorang ustaz yang sangat seperti ayah. rindunya ustaz, Moga Allah merahmati beliau. <3

Pada pendapat saya, sebagai seorang pelajar, kita perlu bijak mengambil peluang dan menimba pengalaman dengan mengikuti ataupun melibatkan diri dengan pelbagai program. Tetapi perlu seimbang dengan pencapaian akademik. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, penglibatan dalam pelbagai program yang menarik sedikit sebanyak membantu pencapaian diri terutama dalam bidang komunikasi, sosial dan kepimpinan dalam memperbaiki diri. Selain daripada mendapat pengalaman baru, kita juga dapat mendapat kenalan baru.



Alhamdulillah, saya masih tidak sangka saya mampu sejauh ini. Apa yang saya dapat capai setakat ini merupakan berkat doa ibubapa, keluarga, semua murabbi dan juga kenalan saya. Terima kasih semuanya <3 Semoga Allah sentiasa merahmati semua <3 Alhamdulillah, kini saya merupakan mahasiswa UIA Pagoh Johor dan masih berjuang untuk menyelesaikan tugas sebagai mahasiswi :) 


Hidup ini adalah ujian, dunia ini adalah perjalanan dan persinggahan, maka jalani lah ia dengan sepatutnya. Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, kita pasti mampu menghadapinya. Kita hanya perlu bersabar dan banyakkan berdoa supaya semuanya baik-baik sahaja. Seperti firman Allah : 

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Terjemahannya :  "Allah tidak membebani sesorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya". -(Q.S Al-Baqarah: 286)

  
Banyak sangat ni cerita happy, mari kita berpindah kepada cerita yang kurang happy.
Saya pernah mengalami satu masalah dimana kehilangan beg duit dan handphone di atas kecuaian diri sendiri pada tahun terakhir saya di Terengganu. Pada ketika itu, betapa sedihnya rasa tapi masih perlu positifkan diri dan banyakkan berdoa, sudahlah jauh dari keluarga lagi lah terasa sedih dan hiba. Berkat doa keluarga dan kenalan, beg duit itu dipulangkan dan dijumpai di pantai. Apa-apa pun, saya masih bersyukur kerana itu adalah satu pengajaran buat saya supaya lebih peka dan berhati-hati menjaga barang sendiri. Tidak lupa juga pada sahabat-sahabat saya yang membantu menjejaki lokasi handphone saya pada ketika itu dan juga membantu saya menguruskan pelbagai perkara serta menghantar makanan dan meminjamkan wang, Semoga Allah merahmati semua <3

Jadi perkenalan kita dengan orang baik ataupun kurang baik semua ada hikmah, begitu juga apa yang terjadi pada diri kita, Yang penting, kita kena sentiasa berdoa kepada Allah supaya baik-baik sahaja. Dan apa jua yang tak baik atau buruk yang kita hadapi atas perbuatan manusia, janganlah kita melakukan hal sama kerana saya selalu ingat pesanan salah seorang sahabat saya supaya balas lah setiap keburukan itu dengan kebaikan,  seperti firman Allah : 

ٱدْفَعْ بِٱلَّتِى هِىَ أَحْسَنُ ٱلسَّيِّئَةَ ۚ نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَصِفُونَ

Terjemahannya : "Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan yang lebih baik. Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan." (Q.S Al-Mu'minun: 96)

Sebenarnya, mendapat kawan-kawan yang baik , suasana sekeliling yang baik juga merupakan salah satu nikmat yang sering dipandang mudah terutamanya kita sebagai seorang pelajar. Bagi yang sebaliknya pula, janganlah berputus asa dan selalu bersedih kerana semua yang terjadi ada hikmah. Setiap kepahitan yang dialami pasti akan ada manisnya yang menanti. Mungkin apa yang kita hadapi masa sekarang merupakan salah satu pengajaran dan pengalaman yang terbaik untuk kita. Supaya kita lebih kuat dan bersemangat pada masa akan datang. 

 Saya kongsikan pengalaman ini bukanlah untuk dibandingkan atau dibanggakan. Tetapi adalah untuk dijadikan pengajaran dan teladan. Setiap insan mempunyai jalan kisah hidup yang berbeza yang pastinya ada suka dan duka. Janganlah sesekali bandingkan diri kita dengan orang lain, kita akan kurang bersyukur jika kita melihat mereka yang lebih daripada kita, tapi ajarlah diri untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Seperti firman Allah : 

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Terjemahannya : Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku akan menambahkan nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih”. – (Q.S Ibrahim: 7)

Segala kekurangan dari perkongsian saya ini adalah dari diri saya. Semoga Allah kurniakan kita kesihatan yang baik dan sentiasa merahmati serta memelihara kita. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Allahuma Aaminn. <3












Comments